Sweetness
THE SWEETNESS
Welcome. It's pink and black. So ? Haha. This are the your path; Dashboard | +Follow
PROGRAM PERTUKARAN BUDAYA ANTARA PASUKAN BADAN BERUNIFORM MALAYSIA DENGAN PRAMUKA INDONESIA
Assalamualaikum, salam sejahtera serta salam satu Malaysia! Pada 25 hingga 29 November, Jabatan Pelajaran Malaysia telah mengadakan lawatan ke Palembang, Sumatera, Indonesia. Lawatan ini diadakan bagi meluaskan pengalaman serta pengetahuan anak-anak Malaysia tentang unit beruniform yang terdapat di sekolah-sekolah warga Indonesia iaitu hanya satu, Pramuka. Setiap negeri dalam Malaysia telah menghantar seramai 5 orang sebagai wakil dari negeri masing-masing. Pelajar-pelajar tersebut juga berlainanan sekolah serta unit beruniform. Hal ini bertujuan bagi meluaskan pengetahuan para pelajar tentang unit beruniform di Malaysia serta di Indonesia. Mereka juga dapat mengenali ramai kawan baru yang berlainan negeri.


Bendera Malaysia

Bendera Indonesia
Bergabung

Seperti yang sedia maklum, negeri saya iaitu Terengganu turut menghantar seramai 5 orang sebagai wakil. 3 pelajar lelaki serta 2 pelajar perempuan. maklumat pelajar Terengganu ialah seperti berikut:

  •  Annur Elia Binti Abdullah. SMK Sultan Ismail 2, Kemaman. Sarjan Kadet Polis. (saya)
  •  Siti Nuha Binti Jusoh. SMK Tengku Mahmud, Besut. Ketua Pasukan Pandu Puteri.
  •  Mohamad Alif Bin Mohamad Kamil. SMK Mak Lagam, Kemaman. Staf Sarjan KRS.
  •  Muhammad Syakir Bin Abd Rahim. SMK Lembah Bidong, Setiu. Sarjan Kadet Bomba.
  •  Muhammad Hizlan Bin Wahab. SMK Bukit Tunggal, K.Terengganu. Staf Sarjan BSSM.
Bendera Terengganu

Pada pukul 11 pagi, kami berlima bersama 2 orang guru pengiring serta seorang pemandu van bertolak ke Kuala Lumpur bagi menghadiri latihan pusat di Asrama 1 Malaysia. Guru pengiring kami hanya menemani kami hingga ke Asrama 1 Malaysia tersebut sahaja. kemudian guru lain yang akan mengiringi kami ke Palembang, Indonesia. 

Saya sempat berkenalan dengan rakan-rakan dari negeri Terengganu sepanjang perjalanan ke Kuala Lumpur. Rakan perempuan saya agak banyak celotehnya namun berbeza dengan rakan lelaki kerana mereka lebih banyak berdiam diri pada awalnya. Lama-kelamaan, kami mula mengenali antara satu sama lain dan dapat bergaul seperti kawan rapat. Menurut saya, kami dari 1 negeri perlu bergabung dan bersatu-padu supaya kami kelihatan kuat, kukuh dan tidak lemah.



inilah rakan saya yang banyak celotehnya, Nuha :>

Di pertengahan jalan, kami berhenti disebuah perhentian R&R bagi menukar baju yang diberi oleh Jabatan Pelajaran Terengganu. Kami kelihatan seragam dengan memakai baju t-shirt yang berwarna merah gelap.

sekali lagi bersama rakan baru saya <:

mereka juga rakan-rakan saya yang agak pendiam pada awalnya. di sebelah kanan, Alif manakala di sebelah kiri, Syakir :>

Saya memohon maaf kerana tidak mengenalkan seorang lagi rakan saya iaitu hizlan. Dia mengambil tempat duduk di hadapan di dalam van maka agak sukar untuk saya mengambil gambarnya.

Sesampai sahaja di Asrama 1 malaysia. Kami melihat ramai pelajar dari negeri yang berlainan sudah sampai di situ lebih awal daripada kami. Terdapat ramai pelajar yang berlainan negeri. Saya sempat berkenalan dengan beberapa orang pelajar perempuan yang berasal dari Penang, Johor dan Negeri Sembilan.   Kami juga diberi Taklimat Ringkas sebelum dibenarkan ke bilik asrama masing-masing. 
Nuha sedang menelefon ibunya.

rakan-rakan sebilik saya :'>

almari saya

Setiap bilik mempunyai 8 katil. Saya dan kawan-kawan hanya memenuhkan 6 katil dan terdapat 2 katil kosong. Jadi, seorang guru pengiring menemani kami di bilik tersebut dan terdapat hanya satu katil kosong. penginapan kami sangat selesa. Kami diberi sebuah katil dan sebuah almari setiap seorang. Kami menginap di sini selama 3 hari 2 malam sebagai latihan pusat sebelum kami ke Palembang, Indonesia. Teman-teman sebilik saya bernama Kak Wawa, Nadiah, Siti, Fara dan juga Nuha :>


Pada sebelah malamnya, kami diminta berkumpul di dewan Asrama 1 Malaysia bagi mendengar sedikit taklimat untuk keesokkan harinya. Kami mendengar dengan teliti dan mencatat maklumat-maklumat yang penting. Kami juga dibahagikan kepada 3 kumpulan yang berlainan negeri serta unit beruniform. Lelaki dan perempuan digabungkan. Saya ialah salah seorang daripada kumpulan 3. Saya juga sempat mengambil gambar bersama teman-teman baru :>

teman-teman :'>

saya, Annur Elia Abdullah <:

mengenali teman-teman hanya sementara tetapi cukup untuk membuatkan saya menyayangi mereka selama-lamanya :'> dari kiri, siti-saya-syafika.

Saya Sayang Mereka. dari kiri, syafika-qu-ika.

rakan-rakan :'>

kawan-kawan lelaki <':

Pada malam itu, kami diberi pas peserta, baju t-shirt Malaysia yang bewarna hijau, beg galas kontinjen Malaysia yang bewarna oren dan juga topi berwarna merah sebagai pengenalan diri kami sewaktu di Palembang, Indonesia nanti. 

baju, beg dan topi :'>

Keesokkan harinya, kami bangun awal untuk mandi dan solat berjemaah. Kami diberi sedikit tazkirah oleh ustaz Anuar. Kami juga mencatat sedikit sebanyak ilmu yang dicurahkan kepada kami. InsyaAllah, ilmu tersebut akan kami manfaatkan.

Selepas itu, kami ke dewan makan untuk sarapan pagi. Selesai makan, kami terus ke dewan untuk berkumpul. Semua pelajar amat berdisiplin dan menurut arahan. Saya amat kagum akan sikap-sikap rakan-rakan saya. Sementara menunggu guru-guru kami berbincang, saya dan rakan-rakan sempat lagi mengambil gambar sebagai kenangan. Kami berbual-bual dan sekaligus menjadikan kami semakin akrab.

kawan-kawan :'>

rakan-rakan :'>

 sekali lagi, saya :>
guru-guru pengiring <:

teman-teman :'>

 sahabat-sahabat <:
 teman taulan :>
baju biru cerah- bess. merah- haneem. hijau- aida.

Selang beberapa minit, seorang guru perempuan dari penang tampil ke hadapan untuk berbicara. Guru tersebut menyuruh kami berlatih tarian boria untuk dipersembahkan kepada pramuka Indonesia di Palembang nanti. Tetapi sebelum itu, guru-guru telah mengadakan sebuah permainan yang sangat mengembirakan. Kami semua diminta bermain dan tiada sesiapa yang terkecuali.

 seronok :'>
 gembira <':
 gigih :'>
 berhati-hati :'>
gementar <':

Permainan di atas ini dinamakan sarang labah-labah dimana kami tidak dibenarkan menyentuh atau melanggar tali tersebut. Untuk tali yang tinggi, kami mengangkat seorang demi seorang rakan untuk melepasi tali tersebut. Semangat kerjasama dapat kami tanamkan. Alhamdulillah, semua peserta melepasi tali tersebut dengan selamat. Seronok yang tidak dapat kami gambarkan. Andai waktu boleh diputar, saya ingin putar dan kembali ke saat ini. Permainan ini menjadikan kami bersatu padu dalam sesebuah kumpulan.

Selesai sahaja permainan tersebut, saya dan rakan-rakan dari kumpulan 3 menjalankan latihan untuk persembahan boria. begitu juga dengan kumpulan 1 dan 2. Kami berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk mempersembahkan yang terbaik. Persembahan boria ini melibatkan seorang tukang karang, 5 orang penari perempuan dan 5 orang penari lelaki. Selebihnya akan menjadi suara latar. Saya mengambil tempat sebagai penari. Pada sebelah malamnya, kami diminta mempersembahkan latihan yang kami lakukan di pentas.Masing-masing menunjukkan bakat yang sedia ada.

 persembahan dari kumpulan 1

 persembahan dari kumpulan 2
persembahan dari kumpulan 3

Usai sahaja semua persembahan, kami diberi sedikit taklimat berkenaan keesokkan harinya. Untuk keesokkan harinya, Encik Ariffin telah memecahkan kami kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama akan bertolak awal ke LCCT kerana meraka akan menaiki 2 pesawat yang berlainan. Mereka akan berhenti di Jakarta dan mengambil penerbangan lain ke Palembang. Oleh itu, mereka bertolak lebih awal daripada kumpulan 2. kumpulan pertama diwakili oleh sebilangan pelajar lelaki. Manakala yang selebihnya mewakili kumpulan 2. Selesai taklimat yang diberi, kami diberi minum malam dan setelah itu, kami pulang ke bilik masing-masing bagi merehatkan diri.


Keesokkan harinya, saya dan rakan-rakan kelihatan seragam dengan pakaian yang sama iaitu t-shirt bewarna hijau yang diberi oleh Jabatan Pelajaran Malaysia. Pada hari itu, kami juga diminta untuk memakai pas, beg galas dan juga topi yang diberi. Pelajar lelaki serta perempuan semuanya kelihatan begitu segak.

kumpulan 1


kumpulan 2


 
 kumpulan 3





Pada pukul 10:45 pagi, kami pun bertolak ke LCCT. Semasa perjalanan, saya sempat bergambar bersama rakan-rakan.

 ika :'>
fika dan qu <':

Perjalanan ke LCCT mengambil masa lebih kurang selama 30 minit. Apabila kami tiba disana, ramai yang memandang kami kerana begitu ramai yang memakai baju t-shirt hijau tersebut sekaligus membuatkan kami kelihatan seragam. Tibanya kami disana, saya dan rakan-rakan mengambil semua beg untuk dimasukkan ke dalam lapangan terbang. setiap beg diikat dengan reben yang bewarna kuning keemasan supaya memudahkan kami mengecam beg-beg kontinjen Malaysia.

 keseragaman :>

 saling membantu <:

 kerjasama :'>

 teman-teman dari sarawak dan sabah :>


 rakan-rakan dari selangor dan negeri sembilan <:

 qu dari johor :>

 rakan-rakan dari KL dan Penang <:
bergerak masuk ke lapangan terbang <:

Selesai menguruskan beg, saya dan rakan-rakan serta guru-guru pengiring mengambil tempat di ruangan menunggu bagi menunggu pesawat. Selang beberapa minit, kami dibenarkan menaiki pesawat yang bernombor AK 1302.

 disiplin <:
 teruja :>
air asia :>

tiket dan passport <:
kekeliruan :>


Setelah tiba di Palembang, kami dikenalkan dengan Cik Gusti ataupun 'mbak gusti'. Beliau ialah penunjuk arah untuk kami sewaktu disana. Orangnya sangat comel dan baik. Selepas itu, kami dibawa ke restoran Bumbu Desa untuk makan malam.








Alhamdulillah, makanannya sangat lazat dan kami semua menikmatinya. Selepas itu, kami diminta bergerak ke bas masing-masing untuk ke tempat penginapan kami yang telah disediakan. Perjalanan ke Hotel Grand Duta mengambil masa lebih kurang selama 10 minit dari restoran Bumbu Desa. Setelah sampai, kami diminta berkumpul di depan hotel tersebut mengikut kumpulan. Encik Ariffin memecahkan lagi kumpulan yang sedia ada bagi memudahkannya memberi kunci bilik kepada setiap kumpulan. Setelah kunci diberi, semua kontinjen diminta bergerak ke bilik masing-masing untuk berehat.


tempat penginapan kami :>


Setiap bilik dihuni oleh 3orang pelajar. Saya berkongsi bilik dengan Nuha dan juga Nadiah. Tempat penginapan kami sangat selesa dan memuaskan. Selepas mandi dan bersolat, kami bertiga terus tidur merehatkan mata dan juga tubuh badan bagi mengumpul tenaga untuk hari esok.


Masa berlalu begitu cepat. Jam telefon yang dikunci berbunyi pada pukul 5:30am Malaysia. Bermakna 4:30am di Indonesia. Masa di Malaysia lewat satu jam. Kami bertiga bangun dari tidur dan terus mandi untuk solat berjemaah di Masjid yang berhampiran dengan hotel bersama ustaz Anuar. Setelah itu, kami kembali ke hotel untuk menikmati sarapan pagi yang disediakan di hotel berkenaan.







Selesai makan. kami diminta berkumpul lagi di ruang kosong di dalam hotel. Cikgu Ariffin meminta supaya kami kembali kepada kumpulan asal yang diberi iaitu kumpulan 1, 2 dan juga 3. Ini kerana kami akan menaiki bas yang disediakan. Terdapat 1 bas untuk setiap kumpulan. Bermakna 3 bas telah disediakan. Pada hari tersebut iaitu 27 November 2011, kami dibawa ke sebatang sungai yang bersejarah iaitu Sungai Musi.

 dalam perjalanan ke destinasi bersama Alyah :>

Tibanya di destinasi yang dituju, Sungai Musi.

 Sungai Musi <:

 Kontinjen Malaysia :>

 Bot yang dinaiki kami untuk menyeberangi Sungai Musi :>


 Saya dan Rakan-rakan :>

 Saya, Annur Elia Abdullah :>

 rakan saya, Jazeel dan Arif <:

 Penjual Kerepek :>

 Ketua kumpulan kami, Aizat :>

 Penjual rokok :>


 memasuki bot <:

 bersedia untuk menyeberangi :>


 mula menyeberangi :>

 menikmati keindahan sekeliling <:

 jambatan Ampera, jambatan yang terkenal di Palembang <:

 pasar 16, pasaraya yang berdekatan jambatan Ampera :>

 kemesraan penduduk Palembang :>

 rakan-rakan <:

 kawan :>

 sahabat-sahabat <:

 stesen minyak bot kenderaan laut <:

 guru pengiring, saya, dan rakan-rakan <:

 sekali lagi :>

 teman taulan :>

 sahabat karib :>

 saya dan dia :>

 annur dan alyah <:
 pelajar sekolah Indonesia :>

 kedai runcit di sungai :>

 teman-teman <:

Ketika menyeberang, kami diberi sedikit maklumat tentang Sungai Musi. Antara ciri Sungai Musi ialah:

  • Sungai Musi sedalam 50meter.
  • Panjangnya 1132 km.
  • Sungai ini membelah Palembang.
  • Terdapat banyak rumah yang dibina di atas air kawasan tepi sungai.
  • Masyarakat menggunakan air sungai untuk mandi, membasuh baju dan lain-lain.
Setelah melilau di sekeliling sungai, kami dibawa ke sebuah pulau. Pulau tersebut dikenali sebagai Pulau Kemarau ataupun Pulo Kemaro. Pulau tersebut juga salah satu tempat bersejarah di Palembang. Perjalanan kami menggunakan bot ke Pulau Kemarau memakan masa selama 15 minit.

 Pintu gerbang Pulau Kemarau :>

 Lagenda Pulau Kemaro <:




 kontinjen Malaysia :>



 mereka :'>

 pelajar-pelajar sekolah di Indonesia :>

 kenalkan, Alyah <:

 setelah penat mengelilingi, kami berhenti minum <:


rakan :'>

sahabat <:
kawan :>
 Kontinjen Malaysia :>

kak wawa dan abu :>

 kawan-kawan <:

 selamat tinggal Pulau Kemaro :'>

Kemudian, kami bergerak ke bas masing-masing. Kami dibawa ke sebuah masjid untuk bersolat. Masjid tersebut ialah masjid yang tertua di Palembang. Uniknya masjid tersebut ialah kerana di dalam masjid tersebut mempunyai makam seorang tokoh ternama di Palembang, Masagus Kiai. H. Abdul Hamid bin Masagus H. Mahmud ( Kiai Marogan ).


 selesai solat :>

 Al-Fatihah :>


Usai melawat makam, kami bergerak pula ke Stadium Jakabaring. Stadium tersebut ialah stadium yang berlangsungnya sukan sea baru-baru ini. Kami berhenti melawat sekeliling stadium dan sempat membeli sedikit cenderamata untuk dibawa pulang.


 stadium Jakabaring <:


 membeli <:







Selepas itu, kami bergerak ke kedai makan. Usai menikmati juadah, kami semua bertolak pulang ke hotel. Selepas solat maghrib, kami turun berkumpul untuk refleksi berkaitan lawatan petang tadi. Kemudian, kami dibenarkan ke bilik masing-masing untuk berehat.

Keesokkann harinya. seperti biasa. Kami bangun awal untuk mandi, bersiap dan bersolat. Setelah itu, kami turun ke bawah untuk sarapan pagi. Semua Kontinjen Malaysia kelihatan segak dengan uniform masing-masing. Terdapat uniform kadet polis, kadet bomba, kadet tentera laut, kadet tentera darat, kadet pertahanan awam, kadet remaja sekolah, pandu puteri, puteri islam, persatuan bulan sabit merah dan pengakap. Semua kontinjen berpakaian lengkap. Ini kerana kami akan melawat ke sekolah-sekolah di Palembang. Kami bergerak mengikut kumpulan yang ditetapkan.


KUMPULAN 1:

SMA PLUS NEGERI 17 PALEMBANG


KUMPULAN 2:

SMA NEGERI 1 PALEMBANG


KUMPULAN 3:

SMP NEGERI 1 PALEMBANG

Disebabkan saya dari kumpulan 3, maka saya melawat ke SMP Negeri 1 Palembang. Sebelum bertolak, kami sempat bergambar untuk dibuat kenangan.














Semasa dalam perjalanan, kami turut bergambar.








Tiba sahaja kami disana, kami disambut dengan meriah. Persembahan daripada pramuka Indonesia cukup membuatkan kami terharu. Mereka semua bersikap mesra alam sekaligus membuatkan kami mudah mesra bersama mereka. Kemudian, kami diiring ke sebuah bilik yang disediakan khas buat kami. Semua kontinjen Malaysia mengambil tempat.







Usai mengambil tempat, kami dihiburkan lagi dengan nyanyian daripada pramuka Indonesia. Kami cukup berbesar hati dan terharu dengan sambutan yang diberi.






Setelah itu, ucapan dimulakan oleh Puan Mirwani iaitu wakil guru besar di sekolah tersebut sebagai pembuka kata. Semua murid tekun mendengar dan mencatat informasi yang diberi. Puan Mirwani menerangkan tentang sejarah-sejarah sekolah tersebut.



Biodata Puan Mirwani:


  • 59 tahun.
  • mengajar bahasa Indonesia.
  • Menjadi guru bersara pada mei 2012


Setelah itu, tiba giliran guru pengiring kami menyampaikan ucapan. Guru kami menerangkan dan memperkenalkan tentang unit beruniform yang terdapat di Malaysia.



Kadet Remaja Sekolah

Pandu Puteri

Persatuan Bulan Sabit Merah

Puteri Islam

Selepas itu, kami dihiburkan sekali lagi dengan para pelajar sekolah SMP Palembang 1 dengan sebuah lagu yang dimainkan dengan alat muzik mereka sendiri.



Selesai sahaja persembahan daripada mereka, kami dihidangkan dengan makanan Indonesia yang dikenali sebagai Pempek 'kapal selam'. Makanannya cukup lazat.





Kemudian, guru pengiring kami menerima penghargaan daripada sekolah tersebut sebelum kami dijemput untuk menyaksikan pramuka Indonesia berkawad.








Kami sempat menemu-ramah beberapa orang pramuka disana.


Muhammad Khatami :>





Pramuka :>




Kami juga sempat melawat kelas-kelas mereka dimana mereka belajar.




Kejohanan yang dicapai oleh mereka:





Setelah itu, kami semua bergerak ke surau di sekolah tersebut bagi menunaikan solat fardhu. Kemudian, kami memohon untuk meminta diri dahulu. Sekali lagi kami dihiburkan dengan persembahan dari pramuka. Berat hati kami untuk berpisah. Tetapi, kami tetap harus berpisah. InsyaAllah, kami akan bertemu kembali.


Selamat tinggal SMP Palembang 1 :'>

Kemudian, kami dibawa ke sebuah kedai batik dan songket. Disitu, kami sempat melihat pekerja-pekerja mereka menenun songket. Kami juga sempat membeli sedikit cenderahati untuk dibawa pulang.







Sebelum pulang ke hotel, kami dibawa ke sebuah restoran untuk makan malam. Masakan padang Indonesia cukup membuka selera kami setelah penat melawat ke sekolah-sekolah petang tadi.







Setelah itu, kami dibawa ke hotel dan semua kontinjen dibenarkan ke bilik masing-masing untuk berehat.


Keesokkan harinya, seperti biasa. Setelah bersolat, bersiap dan makan, kami diminta berkumpul dan bergerak ke bas masing-masing untuk ke lapangan terbang. Sebelum ke lapangan terbang, kami terlebih dahulu dibawa ke sebuah restoran untuk makan tengah hari. Setelah itu, kami menyambung perjalanan kami ke destinasi yang dituju.




Perjalanan ke Malaysia mengambil masa lebih kurang selama 1jam 30minit. Masing-masing kelihatan penat setelah tiba di Malaysia. Tetapi kami masih sempat bergambar. Mungkin ini akan menjadi kenangan paling berharga buat kami.

Wakil kontinjen Terengganu :>




Selesai memasukkan semua beg ke dalam bas, kami terus bergerak ke asrama 1 Malaysia dimana tempat kami menjalankan latihan pusat. Apabila sampai di asrama, sebahagian kontinjen bertolak pulang ke negeri masing-masing pada malam itu juga. Dan sebahagian lagi bertolak pada keesokkannya. Terengganu pulang pada keesokkannya. Saya sangat sedih kerana harus berpisah dengan kawan-kawan. Walaupun kami tidak sempat mengenali lebih lama, tetapi cukup membuatkan kami seperti adik-beradik. Kami sempat bertukar nombor telefon dan juga alamat rumah. Setelah itu, sebahagian kontinjen yang betolak pulang pada hari esok diminta bergerak ke bilik asrama masing-masing untuk berehat.

Masa amat mencemburui kami. Hari esok pun bermula. Kami bangun dan bersiap-siap untuk turun ke bawah. Seorang guru pengiring membawa kami makan di sebuah restoran yang berhampiran. Setelah itu, kami kembali semula ke asrama menunggu guru dari negeri masing-masing untuk mengambil kami. Pada pukul 10 pagi, van dari negeri Terengganu pun muncul. Tiba masa untuk kami berpisah sekali lagi dengan kontinjen yang tinggal pada hari itu. Kami bergambar buat kesekian kalinya.











Setelah itu, kami betolak pulang ke rumah masing-masing. Alhamdulillah, kami semua selamat sampai ke destinasi.

Dengan ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih buat semua guru pengiring yang banyak membantu kami. Tidak lupa buat semua kontinjen Malaysia kerana memberi semangat dan kerjasama. Terima kasih yang tidak terhingga juga buat Jabatan Pelajaran Negara kerana telah mengadakan program ini. Saya sangat gembira terpilih ke program ini. Sekali lagi, terima kasih.


Disediakan oleh: Annur Elia Binti Abdullah. Wakil dari SMK Sultan Ismail 2, Kemaman, Terengganu.





Posted at 04:39 | 0 comments

|
say hai
Facebook
Hey there, I'm Annur seventeen. Taken by my family
Bestfriends : Ashue.Aen.Shao.Buya

Music here
You by Nur Jannah Alia


Credits
Penat-lelah by : Speaking Bunny
Basecode by : Alia L.Joe's
Tutorial : Jaja
Background : Encik Google

- END -